Slide HR Industry Summit : NOSS towards Higher Productivity & Income Nation

Muat Turun Dokumen

Bil
Tajuk
 
1
 HR INDUSTRY SUMMIT - PPT ENG Muat Turun
2
 Final SLDN Journey Muat Turun
3
 PLWS IXORA PENANG 11.9.2014 Muat Turun
4  JPK summit Muat Turun

Surat dari MQA

Surat dari MQA bertarikh 5 Disember 2013


Makluman Mengenai Kesetaraan Pearson BTEC Level 5 Diploma in Electronic Engineering dengan Tahap 4 dalam MQF

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Berkaitan Garis Panduan Pengiklanan

Semua Pengurus 

Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran

 

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan

 

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 

BIL. 1/2015:

Garis Panduan Pengiklanan Pusat Bertauliah 

Di Bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).

____________________________________________________________________________________________________________________

Dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652), semua penyedia latihan kemahiran yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah Sistem Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut. 

2.  Surat pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Pengiklanan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk merangkumi kuasa larangan dan kawalan pengiklanan di Pusat Bertauliah seperti yang termaktub di bawah Seksyen 53 dan 54 Akta 652.

3.  Surat Pekeliling Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Bil. 1/2015 berkaitan Garis Panduan Pengiklanan ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2015. 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”

(DATUK DR. PANG CHAU LEONG)

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

 

Muat turun Surat

 icon pdf Surat Pekeliling Berkaitan Garis Panduan Pengiklanan Bil 1/2015

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Diploma/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Diploma/Setaraf adalah seperti berikut :-

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai.

dan

 

Memiliki kelulusan *Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

Tawaran Kursus Program Pembangunan Pengajar (TOT) dibawah National Key Economic Area (NKEA)

Mohon klik disini untuk melihat senarai bidang-bidang yang ditawarkan yang ditawarkan. Tawaran ini terbuka kepada Tenaga Pengajar Institut Kemahiran Kerajaan dan Swasta.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…