Perkhidmatan
Pusat Bertauliah - Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PB-PPT)
Panduan dan Borang Permohonan PB-PPT
|
Bil
|
Tajuk
|
|
|
1
|
Berkuatkuasa 1 Oktober 2019, permohonan PB-PPT adalah secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi web https://www.myspike.my . Mohon rujuk Panduan Pengguna PB-PPT yang telah disediakan : | |
| i. Manual Pengguna PB-PPT | Muat Turun | |
| ii. Panduan Pelaksanaan PPT melalui PB-PPT | Muat Turun | |
| 2 | Peraturan - Peraturan Pentauliahan PB-PPT | Muat Turun |
Apa itu NOSS?
Definisi NOSS
Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Ciri-Ciri Utama NOSS
Berasaskan keperluan pekerjaan.
Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.
Apa itu SLDN ?
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.
| Jangka Masa | Berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) |
| Nisbah Amali- Teori |
70% hingga 80% latihan amali di industry dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan. |
| Konsep | Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning) |
| Kaedah Penyampaian | Day Release System
Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam Block Release System ( jika perlu ) |
| Pelatih | Lepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan |
|
Elaun Latihan |
Semester 1 – RM 350.00 Sebulan Semester 2 – RM 400.00 Sebulan Semester 3 – RM 450.00 Sebulan Semester 4 – RM 500.00 Sebulan |
| Penganugerahan Kelayakan |
Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) |
Syarat Tambahan Pentauliahan Program Kemahiran Bagi Pogram Noss Area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Tarikh: 29 Ogos 2018
Syarat Tambahan Pentauliahan Program Kemahiran Bagi Pogram Noss Area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah memutuskan bagi pelaksanaan latihan kemahiran program NOSS area “Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial” melalui pusat bertauliah hendaklah juga merujuk kepada syarat tambahan personel pentauliahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menetapkan syarat kepada sesiapa yang mengendalikan bahan refrigeran yang membahayakan alam sekeliling perlu mendapatkan Sijil Pentauliahan Juruteknik Servis bagi sektor penyejukbekuan dan penyaman udara (RAC). Sehubungan itu, syarat tambahan personel pentauliahan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
- Syarat Tambahan Personel Pentauliahan Bagi:
Pegawai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) perlu memiliki Sijil Pentauliahan Juruteknik Servis daripada JAS.
- Permohonan Pentauliahan Bagi :
Permohonan program baharu berkuatkuasa pada 1 September 2018.
Permohonan Pembaharuan Program berkuatkuasa pada 1 Jun 2019.
Sekian, harap maklum.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Muat Turun Dokumen
Senarai Pusat Latihan Bertauliah (ATC) Bagi Program Pentauliahan Juruteknik Servis (CSTP)