Perkhidmatan
Vocational Transformation Plan

Sumber : Malaysia Education Blueprint 2013-2025, KementerianPendidikan Malaysia
WIM Format Baru boleh didapati secara PERCUMA di Bahagian NOSS, JPK Cyberjaya
Untuk makluman, bahagian NOSS telah membangunkan 20 WIM format baru pada tahun 2014untuk kegunaan Pusat Bertauliah (PB). WIM tersebut boleh didapati secara PERCUMA di bahagian NOSS, JPK Cyberjaya. Pusat Bertauliah boleh mendapatkan softcopy berkenaan dengan membawa bersama surat permohonan rasmi dari Pusat Bertauliah masing-masing beserta thumb drive/ hard drive / CD.
Muat turun Dokumen
World Skills Competition (WSC)
World Skills Competition (WSC ) adalah pertandingan peringkat antarabangsa dimana para belia dari seluruh negara bertanding bagi mencari peserta terbaik di dalam bidang masing-masing. Dahulunya dikenali sebagai Skills Olympics , pertandingan dwi-tahunan tersebut telah pertama kalinya diadakan di Sepanyol pada 1946 dan Malaysia mula menyertai World Skills Competition pada tahun 1993, iaitu WSC yang ke 32.
Pada hari ini, World Skills Competition disertai lebih 50 negara dengan pertandingan meliputi 45 pelbagai bidang kemahiran seperti Welding, Beauty Therapy, Floristry, Mechatronics dan sebagainya.
Melalui penyertaannya dalam World Skills Competition, SkillsMalaysia menyokong usaha kerajaan dalam Mengarusperdana Latihan Kemahiran bagi mencapai matlamat mengeluarkan tenaga kerja mahir negara seterusnya menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi.
London 2011
|
![]() |
Leipzig 2013
|
![]() |
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Panduan – panduan Berkaitan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Info Terkini PPT
Panduan Pendaftaran Sijil Kemahiran Malaysia
Permohonan Pusat Penilaian Amali PPT (PPA-PPT)
Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) Bagi Maksud Latihan Kemahiran Selaras Pengumuman Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
Unit Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT),
Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK),
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 8, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel : 03 8886 5589 ,
Fax : 03 8889 2423
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kajian Pengesanan (Tracer study) bagi pemenang-pemenang Pertandingan Kemahiran pada tahun 2008 hingga 2011
Kajian Pengesanan (tracer study) bagi pemenang-pemenang Pertandingan Kemahiran pada tahun 2008 hingga 2011.
Pengenalan:
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menyelaras pertandingan kemahiran di Malaysia bermula pada tahun 2010 dibawah Majlis Petandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) yang dipengerusikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. MPKM dianggotai oleh pelbagai wakil agensi kemahiran di Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan serta mengarusperdanakan latihan kemahiran di Malaysia. Di bawah keputusan MPKM , jabatan telah dipertanggungjawab supaya membuat pengesanan kepada bekas-bekas pemenang pertandingan kemahiran yang telah dilaksanakan di Malaysia bagi mengenalpasti kebolehupayaan pekerjaan, keberkesanan pertandingan, dan lain-lain yang berkaitan untuk tujuan penambahbaikan bagi mencapai visi menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.
Tujuan Kajian:
Mengenal pasti kebolehpekerjaan peserta yang merangkumi;
- Kajian pasaran pekerjaan
- Bidang kemahiran
- Tempoh masa mendapat pekerjaan
- Status peningkatan kemahiran
- Sambutan industri terhadap pengiktirafan yang diberikan
Skop kajian:
Kajian melibatkan;
1. Kajian dilaksanakan kepada pemenang-pemenang pertandingan kemahiran yang jalankan merangkumi;
- Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)
- Pertandingan MySkills
- Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN (ASC)
- Pertandingan MySkills ASEAN
- Pertandingan Kemahiran(WSC)
2. Kajian terhadap bekas-bekas pemenang pingat :
- Emas , Perak, Gangsa
- Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri
- Best of Nation, Sijil Penyertaan, Diploma of Excellent
3. Tempoh kajian adalah bagi bekas-bekas pemenang pertandingan kemahiran bermula pada tahun 2008 hingga tahun 2011.

