Perkhidmatan
Industry Lead Body (ILB)
Pengenalan
Badan peneraju industri (Industry Lead Body) merupakan organisasi pemacu sesebuah sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK.
Peranan dan Tanggungjawab ILB
- melaksana analisis pekerjaan mengikut sektor industri yang ditetapkan;
- membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baru dan mengkaji semula NOSS sedia ada bagi sektor industri berkaitan serta mendapatkan kelulusan dari Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) terhadap NOSS yang disediakan;
- membangun kurikulum Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN);
- mempromosi dan mendapatkan penyertaan syarikat dalam program SLDN dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT);
- melaksana kajian bagi mengenalpasti supply vs demand, emerging technologies, serta job creation dan job enrichment oppurtunities;
Senarai ILB
JPPK
Pengenalan
Jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk membantu JPK mengenal pasti keperluan bagi sesuatu bidang industri
Skop/Peranan
- Membekalkan maklumat pembangunan teknologi terkini dalam bidang-bidang berkaitan
- Membekalkan maklumat keperluan tenaga mahir industri
| Bil. | Senarai JPPK |
| 1 | Non-Destructive Testing |
Link Syarat Khas Kemasukan Ke Universiti
*Syarat Khas kemasukan ke IPTA tertakluk kepada keputusan Senat sesebuah IPTA untuk sesuatu program pengajian.
Link universiti yang berkenaan:
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) ; http://www.uitm.edu.my
- Universiti Malaysia Sabah (UMS) ; http://www.ums.edu.my
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ; http://www.unimap.edu.my
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ; http://www.unimas.edu.my
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ; http://www.upsi.edu.my
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ; http://www.utem.edu.my
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ; http://www.uthm.edu.my
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ; http://www.utm.my
- Universiti Utara Malaysia (UUM) ; http://www.uum.edu.my
- Universiti Putra Malaysia (UPM) ; http://www.upm.edu.my
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ; http://www.umt.edu.my
- Universiti Sains Malaysia (USM) ; http://www.usm.my
- Universiti Malaya (UM) ; http://www.um.edu.my
- Universiti Malaysia Pahang (UMP) ; http://www.ump.edu.my
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ; http://www.ukm.my
- Politeknik Malaysia ; http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
Makluman Berkaitan GST
KEPADA SEMUA PUSAT BERTAULIAH YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
MAKLUMAN BERKAITAN GST
Dimaklumkan bahawa Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan dikecualikan) (Pindaan) 2015 [P.U. (A) 57] yang dikeluarkan pada 27 Mac 2015 telah mewartakan bahawa Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] adalah termasuk yang mendapat pengecualian GST. Warta Kerajaan ini mula berkuat kuasa pada 30 Mac 2015 .
Bersama-sama ini disertakan Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan dikecualikan) (Pindaan) 2015 untuk makluman.
Terima Kasih
Muat Turun Dokumen
Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
Maklumat Umum PPT
Apa Itu PPT?
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.
Apa tujuan PPT?
Memberi pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalaman kerja dan latihan secara formal atau tidak formal dengan menganugerahkan SKM, DKM atau DLKM.
Apakah Bidang Yang Boleh Dipersijilkan Melalui PPT?

Siapa Yang Boleh Memohon?
Terbuka kepada individu yang mempunyai kemahiran dan memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT serta syarat-syarat lain yang ditetapkan sebagaimana keperluan NOSS. Individu tersebut juga hendaklah berupaya mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sah.
Bagaimanakah cara untuk memohon persijilan melalui kaedah ini?
Permohonan PPT boleh dibuat pada bila-bila masa secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di www.myspike.my yang mana pemohon perlu melaksanakan penilaian kendiri terlebih dahulu di dalam sistem tersebut bagi menentukan sama ada pemohon telah memenuhi keperluan Standard bagi program yang ingin dipohon dan menilai kompetensi yang dimiliki. Pemohon juga dikehendaki memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan sebagaimana yang disyaratkan.
Berapa bayaran yang dikenakan dan bagaimanakah kaedah pembayaran?
Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar fi dan caj yang sedang berkuatkuasa iaitu RM300 mengikut kategori permohonan dan bayaran permohonan PPT boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE atau dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
- Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
- Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.
- Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
- Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
- Meningkatkan imej syarikat
- Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
- Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
- Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
- Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara