Profil_Jabatan
Latar Belakang
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) merupakan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) yang ditubuhkan pada 1971. Nama MLVK telah ditukar kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) berkuatkuasa bermula 1 September 2006.
Bagi memperkasa tujuan penubuhannya, JPK telah diperkukuhkan dengan penempatan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah pengurusan Jabatan ini serta penubuhan enam (6) pejabat wilayah mengikut zon iaitu JPK Wilayah Tengah, JPK Wilayah Selatan, JPK Wilayah Utara, JPK Wilayah Timur, JPK Wilayah Sabah & Labuan dan JPK Wilayah Sarawak.
JPK juga telah diakreditasikan dengan dua (2) persijilan ISO iaitu MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 17024:2015
Ahli Majlis
| BIL |
KEANGGOTAAN MAJLIS DI BAWAH AKTA 652 |
AHLI |
AGENSI |
|
1 |
Seorang Pengerusi |
YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud |
Timbalan Menteri |
|
2 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia |
|
Timbalan Ketua Setiausaha |
|
3 |
Ketua Pengarah |
Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman |
Ketua Pengarah |
|
4 |
Seorang (1) anggota mewakili Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri |
|
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Kementerian Ekonomi |
|
5 |
Seorang (1) anggota mewakili Jabatan Perkhidmatan Awam |
|
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) |
|
6 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelajaran |
Hajah Zanariah binti Haji Ahmad
|
Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
|
7 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi |
Dr. Mohd Zahari Bin Ismail
|
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) |
| 8 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia |
(Kosong) |
Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia |
|
9 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan |
Encik Shahrul Affendi Bin Baharudin |
Pengarah Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan |
|
10 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan usahawan dan koperasi |
Encik Abdul Razak Bin Anwar
|
Setiausaha Bahagian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi |
|
11 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian |
En Hussin bin Mahmud
|
Pengarah |
|
12 |
Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kerja raya |
Pn. Hamdiah binti Ismail
|
Setiausaha Bahagian |
|
13 |
Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
Encik Nik Mustapha Bin Nik Mohamed
|
Vice President |
|
14 |
Encik Mohd Khairi Bin Man
|
Timbalan Setiausaha Agong |
|
|
15 |
|
Timbalan President |
|
|
16 |
Dato' Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw |
Alphaprima Engineering Sdn Bhd |
|
|
17 |
Dato' Hjh Joyah Binti Abd Rashid |
Presiden |
|
|
18 |
|
Pengerusi |
|
|
19 |
Dua (2) orang anggota yang mempunyai, pada pendapat Menteri, pengetahuan khas atau pengalaman dalam latihan kemahiran |
|
Pengarah Urusan |
|
20 |
Ts. Dr. Mohd Hatta Bin Jopri |
Pensyarah Kanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) |
|
|
21 |
Seorang (1) anggota yang mewakili penyedia latihan kemahiran swasta |
Ts. Dr. Ravinthiran a/l Ramasamy |
Presiden |
|
22 |
Seorang (1) anggota mewakili pertubuhan wanita |
Pn. Sarojini Ruth a/p Rajahser
|
Presiden |
**Kemaskini : 10 Mei 2023
- Menilai dan mengesyorkan secara berterusan keperluan kemahiran pada masa kini dan akan datang bagi tenaga kerja mahir dan separuh mahir;
- Mengesan dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program- program latihan vokasional yang ada sekarang yang dijalankan oleh institusi-institusi latihan awam bagi memastikan ianya sejajar dengan keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan latihan vokasional serta memperakukan pindaan dan perubahan yang sesuai;
- Menilai dan menentukan keperluan untuk memperkembangkan program-program latihan sedia ada atau penubuhan program-program latihan baru oleh institusi-institusi latihan awam yang menjalankan latihan vokasional;
- Memberi nasihat kepada kerajaan ke atas kesesuaian cadangan-cadangan mengenai program-program latihan vokasional yang dikemukakan oleh agensi-agensi latihan awam,dengan keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan latihan vokasional;
Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS)
Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS) terbahagi kepada tiga (3) unit:
i)Unit Pengurusan Badan Peneraju Industri (ILB)
- Mengenalpasti dan mengadakan perbincangan serta khidmat runding bersama organisasi/agensi yang memohon atau diperlukan oleh jabatan untuk pelantikan ILB baharu.
- Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ILB bagi menentusahkan pelantikan, pembaharuan dan penamatan ILB.
- Mengurus dan menyelaras aktiviti pemantauan Promosi SPKM seperti SLaPB/SLDN/PPT/NOSS/OF kepada industri.
- Menyelaras, mengumpul, membuat analisa dan menyediakan laporan aktiviti dan prestasi ILB.
- Menyelaras pangkalan data penawaran dan permintaan mengikut kehendak industri semasa dan future jobs (penyelarasan dengan ILMIA, DOSM dan industri).
- Menyelaras dan menguruskan persijilan pekerja industri di bawah ILB berdasarkan sektor industri MSIC.
- Menyelaras dan menguruskan aktiviti ILB dengan bahagian berkaitan.
- Menyelaras dan mengadakan perbincangan bersama ILB bagi memastikan OF/ NOSS/Kajian yang akan dibangunkan adalah menepati kehendak industri.
- Menyelaras pakar industry (ILB) sebagai panel untuk pembangunan OF/NOSS/Kajian.
- Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK) bidang Ujian Tanpa Musnah bagi menyokong akreditasi Persijilan ISO/IEC 17024.
- Mengenalpasti Industri dan SME yang bersesuaian dan memenuhi Centre of Technology.
ii) Unit Kerjasama
- Mengenalpasti agensi/industri dan bentuk kerjasama yang akan dijalankan antara agensi/industri dan jabatan.
- Memberi penerangan dan khidmat runding kepada agensi/industri berkenaan fungsi jabatan.
- Menyedia dan membangunkan kertas cadangan/dokumen kerjasama.
- Mengurus dan menyelaras majlis menandatangani MoU/NoU.
- Menyelaras dan mempertemukan agensi/industri dengan bahagian berkaitan di jabatan.
- Memantau, menyelaras pelaksanaan dan menyediakan laporan aktiviti kerjasama jabatan dengan agensi/industri.
- Menganalisa keberkesanan aktiviti kerjasama yang dijalankan bagi memastikan kerjasama tersebut mencapai objektif.
- Menjalankan kerjasama dengan agensi/industri berkaitan bagi mengenalpasti, mengumpul dan menyelaras maklumat dan data tenaga mahir.
- Merancang, menyelaras dan menghubungkan agensi kerajaan, institusi TVET dan pemain industri.
- Mengurus dan menyelaras maklumat job creation dalam teknologi baru kepada institusi TVET (kerjasama dengan Bahagian Komunikasi Korporat, KSM).
iii) Unit Pengurusan Pengiktirafan Kemahiran
- Mengenalpasti program dan universiti yang berpotensi dan sesuai dengan pengiktirafan kemahiran.
- Menyelaras dan mengurus artikulasi sijil dengan universiti tempatan dan luar negara (awam dan swasta).
- Membuat penyelarasan pemetaan antara SKM/ DKM/DLKM dengan program universiti berkaitan.
- Memantau dan melaporkan program yang telah ada laluan artikulasi.
- Penyelarasan bersama KPM/KPT berkenaan data kemasukan, syarat-syarat kemasukan program terkini dan pengecualian kredit.
- Mengurus dan melaksanakan aktiviti promosi berkenaan dengan laluan kerjaya DKM, DLKM ke Universiti Awam dan swasta.
- Menyelaras dan mengurus pertemuan antara lepasan DKM/DLKM dengan universiti berkenaan.
- Menyelaras dan mengurus aktiviti bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan luar seperti agensi/ badan pelesenan (Contoh Suruhanjaya Tenaga, CIDB, TWI terhadap pemegang sijil termasuklah pengiktirafan JPA dan lain-lain agensi)
- Mengenalpasti persijilan luar/profesional yang boleh dipadankan dengan bidang berkaitan di institusi TVET.
- Menyelaras pemetaan modul latihan bagi kedua-dua pihak yang berkaitan.
- Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti Centre of Excellence & Centre of Technology antara industri dan agensi TVET berdasarkan teknologi terkini IR 4.0 dan emerging technology.
Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia (MOSQ)
Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia / Malaysian Occupational Skills Qualification (MOSQ) terbahagi kepada dua(2) cawangan iaitu :-
A) Cawangan Pentauliahan
1. Menguruskan Pentauliahan Bagi Pusat Latihan Yang Ingin Menjalankan Program Latihan Kemahiran Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
i. Memproses permohonan pentauliahan pusat bertauliah dan program kemahiran bagi Tahap 1, 2, 3, DKM dan DLKM.
ii. Memproses permohonan pelaksanaan pengambilan pelatih antarabangsa.
2. Menguruskan Kawalan Jaminan Kualiti Sistem Pentauliahan Di Pusat Bertauliah Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Berkaitan
Penawaran, Pentadbiran Dan Pengekalan Kualiti Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
i. Mengendali Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia menerusi pemantauan perlaksanaan latihan kemahiran.
a) Menguruskan pendaftaran pelatih melalui kaedah pentauliahan.
b) Menguruskan kawalan Sistem Jaminan Kualiti Persijilan di pusat bertauliah iaitu Kerja Kursus, Penilaian Akhir, Projek Akhir dan Latihan Industri.
c) Menguruskan proses verifikasi Pegawai Pengesah Luaran melalui sistem pentauliahan pusat bertauliah dan menganalisa laporan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
d) Menguruskan pengeluaran Sijil melalui kaedah pentauliahan.
e) Menguruskan tuntutan perjalanan dan elaun PPL.
ii. Mengurus dan mengendalikan Skim Pensijilan Kebangsaan SPKM (pengurusan ujian kemahiran kebangsaan) bagi program Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT).
a) Mengendalikan aktiviti penilaian calon peperiksaan NDT (calon baru, calon mengulang dan calon persijilan semula) di pusat-pusat peperiksaan yang dilantik sehinggalah pengeluaran slip markah peperiksaan.
b) Mengendalikan pengeluaran Sijil SKM bagi permohonan persijilan baru, pembaharuan persijilan (setiap 5 tahun) dan persijilan semula (10 tahun) dan permohonan sijil hilang / rosak / silap cetak.
B) Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
i. Unit Pendaftaran & Operasi PPT1
ii. Unit Operasi PPT 2
iii. Unit Pensijilan & Operasi PPT 3
Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu :
1) Seksyen Jalinan Strategik
i. Unit Multinational Corporation (MNC) / Government-Linked Company (GLC)
ii. Unit Small and Medium Enterprise (SME)
2) Seksyen Kurikulum & Pentauliahan
i. Unit Kurikulum Luar
ii. Unit Pentauliahan
3) Seksyen Operasi dan Pelaksanaan
i. Unit Penyelarasan
ii. Unit Penilaian & Persijilan
Fungsi Bahagian SLDN
i. Menyelaras dan mengurus program promosi/penerangan/penggalakan terhadap syarikat GLC, MNC, SME, Persatuan dan organisasi lain untuk terlibat dalam pelaksanaan SLDN.
ii. Mengurus dan membangunkan Learn & Work Assignment (LWA) sebagai dokumen soalan penilaian, kriteria penilaian pengetahuan, kriteria penilaian kemahiran dan pengetahuan yang akan digunapakai oleh industri.
iii. Mentauliah syarikat/pusat latihan dan organisasi sebagai Pusat Bertauliah SLDN.
iv. Menyelaras aktiviti latihan, penilaian, persijilan dan kawal selia mutu aktiviti pelaksanaan program SLDN di Pusat Bertauliah SLDN.