Arkib Buletin 2019
Semakan Keputusan Penarafan Bintang Program Bertauliah 2019 boleh mula dilakukan di laman web www.myspike.my bermula 27 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan mengenai keputusan tersebut boleh diajukan melalui email di ainisyakimah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Permohonan Pertandingan Worldskill Malaysia 2020 telah dibuka secara 'online' di laman web www.skkm.gov.my sehingga tarikh tutup 31 Januari 2020.
Permohonan SLDN RMKe-11 bagi pengambilan Mac 2020 telah dibuka melalui pautan berikut (rujuk folder SLDN RMKe 11 2020). Permohonan perlu diisi selewat-lewatnya pada 5 Januari 2020 dan dokumen fizikal perlu dikemukakan kepada Pejabat JPK Wilayah sebelum atau pada 12 Januari 2020. Hanya permohonan yang lengkap diterima di Pejabat JPK Wilayah sahaja akan diproses oleh Jabatan.
Muat turun Dokumen
Berkuatkuasa 01 Febuari 2019, SEMUA JENIS PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM MELALUI KAEDAH SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) iaitu Permohonan Program Baharu (Pentauliahan Baharu), Permohonan Pembaharuan Program, Permohonan Penambahan Program dan Permohonan Pindaan Maklumat Pentauliahan hendaklah di lakukan melalui laman sesawang http://www.esldn.gov.my